Bekerjasama atasi konflik manusia dan gajah

KOTA KINABALU: Syarikat swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) perlu tampil untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan bagi bersama-sama mengatasi konflik antara manusia dan gajah Pygmy Borneo.

Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata, usaha untuk melindungi haiwan terbabit daripada ancaman perangkap dilaksanakan secara berterusan dan memerlukan kerjasama jitu daripada pemilik ladang sawit.

“Kita berusaha untuk mengesan jerat-jerat yang dipasang oleh segelintir pengusaha yang tidak bertanggungjawab.

“Bagaimanapun, setelah usaha berterusan dilakukan, masih terdapat gajah yang cedera seterusnya mati akibat perangkap itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis UmbrElephant Campaign sempena Sambutan Hari Gajah Sedunia 2018, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Genting Plantations Berhad adalah satu langkah permulaan kerjasama di antara kerajaan dan sektor swasta.

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, MoU itu melibatkan penggunaan sejumlah 44.5 hektar tanah untuk tujuan perlindungan alam sekitar dan juga hidupan liar.

“Kerajaan tidak perlu mewujudkan enakmen baharu untuk memaksa pengusaha pengusaha peladang ani ni untuk tampil bagi mengadakan kerjasama.

“Saya yakin masih terdapat syarikat peladangan besar yang akan tampil untuk memberikan sokongan kepada

“Kita berusaha untuk mengesan jerat-jerat yang dipasang oleh segelintir pengusaha yang tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun, setelah usaha berterusan dilakukan, masih terdapat gajah yang ” cedera seterusnya mati akibat perangkap itu.

CHRISTINA LIEW

Timbalan Ketua Menteri

program pemuliharaan ini,” katanya.

Menurutnya, kempen itu kini sedang berlangsung dan diharapkan ia turut disertai pelbagai pihak seperti sekolah, agensi kerajaan dan NGO di negeri ini.

Setakat ini katanya, terdapat lima sekolah di luar bandar telah menyertai kempen itu.

“Saya berharap program ini dapat diperluaskan ke sekolah lain di Sabah termasuk yang terletak dalam bandar-bandar utama.

“Jumlah gajah Pygmy Borneo kini hanya kira-kira 2,000 ekor sahaja. Angka ini adalah sangat sedikit dan membimbangkan, usaha melindungi haiwan itu perlu dipertingkatkan...oleh itu kerjasama dengan sektor swasta dilihat sebagai salah satu langkah terbaik ke arah perlindungan hidupan liar itu di Sabah,” katanya.

 

Sumber: Utusan Borneo (Sabah), 28 Ogos 2018, Oleh Yap Siong Han

 
  •  

News Date: 
27 August 2018